Thursday, August 6, 2009

KESIAN DR HASSAN BERKESAORANGAN...

Apakah PAS Pusat tidak yakin dan percaya dengan bantahan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali terhadap wakil rakyat DAP, Ronnie Liu yang juga Exco Selangor?

Hsssssshhh....jangan buka mulut. Menteri Besar marah. Pemimpin PAS Pusat juga akan marah...nanti terjejas kerjasama. Isu arak kecil berbanding dengan kepentingan kuasa.

Pemimpin PAS Pusat skeptikal dengan tindakan Hassan Ali. Yang pasti kepentingan kuasa mengatasi apa yang diperjuangkan Hassan Ali.

Nampak sangat dalam isu ini Hassan Ali berkesaorangan – kecuali Pemuda PAS Selangor - apabila kira-kira jam 3 petang semalam, Dewan itu turut menyerahkan memorandum kepada Liu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, berkata Dewan Pemuda Pas Selangor menghantar memorandum itu bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Liu dan meminta wakil rakyat DAP itu menghormati sensitiviti umat Islam.

Hassan Ali bagaikan terperangkap kerana pada ketika Menteri Besar tidak mahu layan langsung desakannya, beliau akan berdepan pula dengan PAS Pusat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan tegas mengatakan, tidak tunduk terhadap desakan PAS Selangor yang mahu wakil rakyat DAP, Ronnie Liu, digugurkan daripada barisan Exco negeri kerana didakwa mengguris hati umat Islam.

Di pihak PAS, Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS Pusat akan mendapatkan penjelasan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor itu berhubung desakan beliau supaya kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dikaji semula.

Abdul Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam, menegaskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri itu tidak akan digugurkan kerana ia bukan isu.

Abdul Khalid berkata, isu yang dibangkitkan PAS Selangor itu akan diselesaikan selepas kerajaan negeri membuat keputusan mengenai peraturan kecil penjualan minuman keras pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), esok (Jumaat).

Sehingga keputusan muktamad dibuat, katanya, semua Exco dan pegawai kerajaan negeri dilarang bercakap atau membuat sebarang komen mengenai isu penjualan minuman keras.

Beliau berkata, peraturan kecil penjualan minuman keras di Selangor yang akan diumumkan esok mengambil kira semua pihak, terutama sensitiviti umat Islam dan kepentingan bukan Islam.

Difahamkan, kerajaan negeri akan menguatkuasakan peraturan kecil melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam di semua 12 PBT di Selangor.

Peraturan itu telah ada sejak 1996, tetapi hanya dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggunakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Apabila dikuatkuasakan, semua premis termasuk kedai serbaneka di kawasan membabitkan Seksyen 1 sehingga 24 di bandar raya ini, dijangka tidak dibenarkan menjual minuman keras.
Salahuddin berkata, penjelasan itu penting supaya tidak timbul salah faham dan kekeliruan mengenai maksud sebenar desakan itu.

Katanya, untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai perkara itu beliau akan bertemu dengan Hasan dalam waktu terdekat bagi mendengar sendiri dalam konteks apakah desakan itu dibuat.

"PAS juga perlu dapat penjelasan dalam konteks apa dia cakap. Ini penting supaya tidak timbul salah faham daripada kenyataan yang dikeluarkannya," katanya kepada Bernama.

Menghairankan, seorang lagi pemimpin PAS yang selalu becot, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas mengenai tindakan Hassan Ali.

Dalam soal-soal berkaitan arak seperti ini, Mahfuz melarikan diri.

Baginya yang penting ialah Menteri Besar Selangor itu jangan terasa hati. Sebab itu beliau mengatakan terpulang kepada Khalid untuk menangani isu itu kerana ia berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Mahfuz lari daripada persoalan sebenar apabila berkata, PAS pusat tidak akan campur tangan kerana soal pelantikan seseorang exco dan keputusan mengenai portfolio yang dipegang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

"Saya tak nak komen sama ada betul atau tidak tindakan itu.

Semua portfolio di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tetapi bagi isu seperti mencampuri urusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dibawa berbincang sesama rakan Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari, "katanya menggambarkan betapa pemimpin PAS ini melihat kuasa lebih penting daripada isu arak berkenaan.

PAKATAN SELANGOR TAK HABIS-HABIS DILANDA KRISIS

(mStar)

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat terus berhadapan dengan siri 'krisis' sejak ia menerajui pentadbiran negeri pada Mac 2008.

Selangor merupakan antara lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menerusi pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Di sebalik siri isu dan krisis, desakan terbuka PAS Selangor kelmarin - yang pertama sepanjang 17 bulan yang lalu - agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menukar Exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan dilihat sebagai petunjuk baru yang Pakatan Rakyat Selangor juga berhadapan dengan masalah dalaman serius, sebagaimana disaksikan wujud dalam Pakatan Rakyat Kedah awal Julai lalu.

Semalam Menteri Besar memberi jaminan akan menyelesaikan krisis terbaru ini yang berkaitan dengan isu jualan minuman keras di Selangor esok.

PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain.

Khalid menolak desakan itu semalam sambil menegaskan Ronnie Liu bukan isunya.Berikut adalah beberapa pergolakan politik dalam Pakatan Rakyat Selangor yang bersangkut paut dengan desakan PAS, sejak dua bulan lalu.

GESAAN AZMIN ALI

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerana didakwa gagal melaksanakan tugas.

Beliau membuat desakan itu kerana kecewa dengan pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kegagalan barisan Exco memajukan Selangor.

Katanya, pelantikan ahli majlis PBT itu tidak dibuat dengan cara sepatutnya dan tidak mengikut semangat kerjasama serta setia kawan antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas mendiang memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM Selangor di tingkat 14, bangunan tersebut 16 Julai lepas. Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Hian Wah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

Teoh merupakan antara saksi yang dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan SPRM berkaitan penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa Exco dan ADUN. Inkues mengenal pasti punca kematian sedang berlangsung.

SIASATAN SALAH GUNA KUASA

SPRM telah memulakan siasatan ke atas tujuh ADUN Pakatan Rakyat Selangor berhubung penggunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Tujuh ADUN yang didakwa terlibat dalam kes salah guna peruntukan negeri tersebut ialah Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr. Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

SPRM Selangor masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan walaupun kelancarannya terganggu dengan kematian saksi kes, Teoh Beng Hock.

Pada Januari lalu, SPRM Selangor juga menyiasat dakwaan salah guna wang kerajaan negeri oleh Menteri Besar bagi membiayai 46 lembu untuk korban sempena Aidiladha pada Disember lalu.

PENDEDAHAN DI LAMAN BLOG

Dua minggu lalu, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu membuat laporan polis terhadap satu laman blog yang menuduh mereka menggunakan tekanan untuk memaksa Teoh menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang. Yong dan Liu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Turut membuat laporan polis, pembantu khas Liu, Wong Chuan Chow.

Yong yang juga ADUN Seri Kembangan berkata, tiga artikel yang disiarkan dalam laman blog www.t4tbh.blogspot.com itu palsu dan dicipta sesetengah pihak untuk mengalihkan perhatian daripada kematian Teoh selain bertujuan mengelirukan orang ramai.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, artikel yang menuduhnya dan Liu tidak benar kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu sekali gus tidak terbabit dalam hal ehwal peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, Sepang.

Liu pula berkata, beliau membuat laporan polis itu selepas mendapat nasihat pucuk pimpinan tertinggi DAP, walaupun pada mulanya enggan berbuat demikian kerana tidak percaya kepada polis.

DAKWAAN MP WANGSA MAJU PKR

Pertengahan Julai lalu, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR, Wee Choo Keong pula mendakwa adanya Exco Selangor terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap. Kenyataan ini dibuat susulan desakan Azmin.

SPRM DI PEJABAT EXCO RODZIAH

SPRM mengunjungi pejabat Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail semalam (5 Ogos) untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.

Lima pegawai SPRM dilapor menunggu beliau di pejabat ADUN PKR kerusi Batu Tiga selama sejam. Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.

Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.

Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan membabitkan RM375,000.

LAGI SKANDAL EXCO SELANGOR...

Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor cuba masuk ke pejabat Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail di Shah Alam semalam dipercayai berhubung siasatan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri.

Lima pegawai itu tiba pukul 2.45 petang tetapi dihalang kerana Rodziah tidak ada di pejabat menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Namun setelah campur tangan peguam perunding kumpulan pegawai SPRM itu meninggalkan pejabat yang terletak di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam kira-kira sejam kemudian.

Tindakan SPRM itu dipercayai susulan daripada dokumen mengenai penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM375,000 oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ini adalah kali kedua serbuan dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.

Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.

Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan, berjumlah RM375,000.

Satu dokumen 17 halaman itu diserahkan oleh Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam.

Beberapa blog pula meletakkan posting yang antaranya bertajuk “GEMPAR - TEMBELANG YB RODZIAH ISMAIL SUDAH PECAH!”

Menurut satu satu blog, Memang sah! Sungguh tak disangka…., benarlah kata hikmah berbahasa Inggeris, “ Don’t Judge A Book By Its Cover”.

ADUN Batu 3, Yb Rodziah Ismail yang memiliki “panggilan manja” iaitu Kak Ogy adalah sabjek yang dimaksudkan dalam dokumen pengaduan tersebut..!

Patutlah beliau gelabah apabila berita mengenai penyelewengan yang dilakukannya tersebar sejak beberapa hari lalu.

JEFF OOI ANTI-ISLAM?

So what? Baru tahu? Siapa pilih orang ini menjadi ahli Parlimen Jelutong?

Tentunya di Jelutong ada orang Islam tetapi kenapa undi Jeff Oii? Tidak ada orang lainkah?

Selain itu, berapa lama lagi kerajaan mahu membiarkan sensitiviti agama Islam terus dipermainkan?

Kenapa tidak bertindak keras kepada pihak yang menyentuh sensitiviti Islam yang menyebabkan orang Islam sebaliknya membenci dan memarahi kerajaan?















Kenyataan Jeff Oii, yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan anggota Jamaah Islah Malaysia (JIM) kini menjadi kemarahan orang Islam khususnya di Pulau Pinang.

Jeff dilaporkan berkata, MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri telah mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim semalam mendesak anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam.

Jelas, kemarahan kini bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara.

Apakah kita perlu mengatakan bahawa Jeff perlu lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan disaran menggunakan saluran dalaman bagi menyuarakan pandangannya kepada kerajaan negeri?

Apa mahu diharapkan daripada Jeff Oii. Dia tidak akan merasa bersalah apabila menyinggung perasaan umat Islam.

Abdul Malek berkata: "Saya secara tegas menolak kenyataan Jeff yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris 2 Ogos lalu yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah ertikan pelbagai pihak.

"Saya yakin umat Islam di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," kata Abdul Malik.

Jeff juga menempelak portal JIM yang meletakkan sasarannya untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggunakan sepenuhnya Undang-undang Syariah menjelang 2020.

Berikutan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menuntut peletakan ketua kakitangannya, Jeff Ooi yang menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah sebuah kumpulan pelampau.

Desakan tersebut dibuat oleh gabungan yang mewakili 27 pertubuhan Islam. Mereka cuba menyerahkan memorandum tersebut ke pejabat ketua menteri semalam.

Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik meminta mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau. Berlaku sedikit ketegangan apabila mereka berkeras untuk menemui Lim, sedangkan Ng mahukan mereka menyerahkan memorandum kepadanya.

Setelah enggan berbuat demikian, Ng memanggil pengawal keselamatan untuk membawa mereka keluar dari pejabat ketua menteri.

Rasakan, bagaimana kerajaan pimpinan DAP melayan NGO Islam. Gara-gara dihalang, mereka kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Ketua Menteri, Mansor Othman.

Manakala di luar kompleks kerajaan negeri itu, kira-kira 300 anggota gabungan berkenaan berhimpun untuk memberi sokongan kepada wakil mereka.

Delegasi tersebut kesal dengan kenyataan Jeff itu, yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam".

Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau.

"Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan semalam.

Hakikatnya, mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam - bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya," tambahnya.

Zaid turut menyuarakan rasa hairan bagaimana pelantikan seorang Muslim yang baik, boleh mengundang bahaya.

"Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.

"Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua.

Bagi JIM, ia akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi

HUKUM MEREKA YANG MELAKUKAN UGUTAN BUNUH

Jangan biarkan ugutan bunuh walaupun kepada sesiapa juga, khususnya penjawat awam yang ingin menguatkuasakan undang-undang sebagai perkara biasa kepada penjenayah.

Polis bukan sahaja perlu melindungi malah menjamin mereka yang mahu menegakkan keadilan mendapat perlindungan sewajarnya.


Ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan adalah sesuatu yang perlu disiasat dan dikenal pasti puncanya.

Jatuhkan hukuman berat kerana penjawat awam, khususnya yang beruniform mempunyai tugas-tugas keselamatan negara.

Mereka yang melakukan ugutan bunuh sama ada terhadap polis, tentera, penguatkusa atau juga penyiasat umpamanya dari SPRM hendaklah dikenakan hukuman berat.

Jangan biarkan penjenayah bermaharajalela dan berani mengugut sesiapa juga yang mahu mendedah dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Amatlah malang di bumi Malaysia yang aman damai ini ugutan bunuh dibiarkan menjadi mainan di bibir penjenayah!

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sudah menerima laporan ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu.

"Kita mengesahkan menerima laporan berhubung kes ugutan bunuh itu dan kita masih menyiasat," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Khalid berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata surat ugutan itu dihantar ke pejabat SPRM Selangor kira-kira seminggu lepas.
Ahmad Said dilaporkan menerima ancaman bunuh berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selepas disoal siasat SPRM barubaru ini.

Surat tulisan tangan tersebut yang dialamatkan kepada Ahmad Said dikatakan diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor yang terletak di Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lepas.
Dalam surat tersebut, penulisnya menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh.